KUB bantu penghuni Rumah Amal Kasih Bistari

KUB Malaysia Bhd (KUBMB) meneruskan usaha murninya membantu mereka kurang bernasib baik menerusi pemberian buku pelajaran dan barangan keperluan harian kepada penghuni Rumah Amal Kasih Bistari, baru-baru ini.

Sumbangan diserahkan Pengerusinya, Datuk Abd Halim Abdul Samad yang turut memberikan barangan asas lain seperti tilam dan bantal; mesin basuh dan peti sejuk untuk digunakan kira-kira 76 anak yatim berusia tujuh bulan hingga 17 tahun.

Pengarah Urusan Kumpulan KUBMB, Datuk Mohd Nazar Samad, berkata aktiviti itu adalah antara program tanggungjawab sosial korporat setiap tahun bagi memastikan golongan kurang bernasib baik dapat menyambut lebaran dengan sempurna dan selesa.

"Penghuni di sini begitu memerlukan bantuan, keadaan lebih terdesak apabila rumah berkenaan terbakar baru-baru ini. Sumbangan ini dapat memberi semangat kepada penghuninya meneruskan hidup dengan lebih selesa," katanya.

Pada majlis penyerahan dan menantikan berbuka puasa, pendakwah terkemuka, Dr Ridhuan Tee Abdullah menyampaikan tazkirah kepada penghuni dan tetamu. - BH